JENIS SOLAT SUNAT

1_471528245l solat-1

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : “Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya.” (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : “10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

 

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba’.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.”

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : “Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah.”

Hassan r.a berkata : “Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk.”

Sembahyang Sunat Taubat

Sembahyang sunat Taubat adalah sembahyang disunatkan. Ia dikerjakan apabila sesudah seseorang melakukan dosa, atau merasa dia telah berbuat dosa, lantas bertaubat kehadrat Allah swt.

Anjuran bertaubat ini terkandung di dalam sepotong ayat al-Quran, di dalam surah Al-Imran ayat 135:
Maksudnya:”Dan orang-orang yang apabila mereka telah melakukan perbuatan keji atau menganiyai diri mereka sendiri, lantas mereka ingat kepada Allah, kemudian mereka memohon ampun atas dosa-dosa mereka itu.”

Ibnu Khatir menafsirkan ayat ini bahawa adalah sangat dikehendaki kepada orang yang bertaubat kepada Allah swt. agar mengambil wuduk, kemudian sembahyang dua raka’at, sesuai dengan riwayat Imam Ahmad dari Ali Ibn Abi Thalib ra katanya yang bermaksud:
Apabila saya mendengar Rasulullah saw bersabda, maka saya segera memanfaatkannya (melakukan perbuatan itu) sebagaiman yang diperintahkan oleh Allah. Tetapi apabila saya mendengar dari orang lain maka saya membantahnya, kecuali orang yang menyampaikan itu mahu bersumpah barulah saya mahu membenarkannya. Abu Bakar memberitahukan kepada saya dan Abu Bakar adalah orang yang jujur, beliau mendengar Rasulullah saw bersabda, ” Seseorang yang telah berbuat dosa, kemudian berwuduk dengan wuduk yang sempurna, lantas dia sembahyang- kata Sufyan- kemudian memohon ampun kepada Allah, maka Allah ” Azza wajalla akan mengampuninya.”

Bertaubat dari sesuatu dosa itu ialah menyesal akan berbuatan yang dilakukan, bercita-cita tidak akan melakukannya lagi, orang yang merasakan dia sudah berbuat dosa hendaklah mengerjakan sembahyang sunat sebanyak dua raka’at dengan memperbanyakkan istighfar di dalam dirinya sendiri bahawa dia tidak akan mengulanginya lagi perbuatan keji itu selama-lamanya.

Apabila perbuatan ini dilakukan dengan sungguh-sungguh dan dengan penuh kesedaran, Insyaallah, segala dosa dan kesalahan yang terlanjur dilakukannya itu akan diampuni Allah swt.

Sembahyang sunat Taubat ini boleh dilakukan seberapa banyak raka’at yang dikehendaki, asalkan ianya dilakukan setiap dua raka’at, sekali salam.

Cara melaksanakannya

1. Cara melakukannya sembahyang sunat taubat ini adalah serupa dengan sembahyang sunat dua raka’at yang lain, dan lafaz serta niatnya adalah seperti berikut:

Ushalli sunnatat taubati rak’ataini lillahi ta’ala

Ertinya:” Sahaja aku sembahyang sunat Taubat dua raka’at kerana Allah ta’ala.”

2. Terdapat pelbagai pilihan surah dan ayat yang elok dibaca selepas Fatihah. Salah satu pilihan ialah:
Rakaat pertama: Ayatul-Kursi (sebelas kali).
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (sebelas kali)

3. Didalam sujud yang terakhir, selepas membaca tasbih biasa sewaktu sujud, bacalah tasbih ini sebanyak 40 kali. Tasbih ini dinamakan tasbih taubat.

Lailaahaillaa anta subhaa naka inni kuntu minaz  zhoolimiin

Ertinya:” Tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang zalim

4. Sesudah memberi salam maka hendaklah memperbanyak istighfar dengan memohon keampunan kepada Allah swt., seringkas-ringkasnya dengan ucapan “Astaghfirullahala’zim dan sebaik-baiknya ucapkanlah berulang kali

Asstaghfirulla hala’azim .Allazii laa ilaahaiillaa huwal hayyul qayyuumu wa-atuubu ilaihi taubata ‘abdizzoolimiin laa yamliku linafsihii dharrau walaa naf’au walaa mautau walaa hayaatau walaa nusyuuraa.

Ertinya:” Aku memohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung, yang tiada tuhan melainkan Dia, Yang Hidup dan terus menerus ada ; dan aku bertaubat kepada Nya sebagaimana taubatnya seorang hamba yang banyak dosa, yang tidak mempunyai daya upaya untuk berbuat mudharat atau manfaat untuk mati atau hidup mahu pun ketika dibangkitkan nanti.”


SOLAT TAHAJJUDTata Tertib Sebelum Mengerjakan Solat Tahajjud

Yang dimaksudkan disini ialah adab-adab atau perkara-perkara yang sunat dilakukan sebelum mendirikan sembahyang tahajjud ialah :

1. Hendaklah kita berniat sebelum tidur bahawa kita ingin melakukan sembahyang tahajjud.

2. Berusaha untuk menghilangkan rasa mengantuk ketika bangun, kemudian bangkit dan bersugi sambil berdoa

3. Selanjutnya Rasulullah saw membaca sepuluh ayat yang terakhir dari surah Al-Imran

4. Sekiranya dirasakan terlalu mengantuk hendaklah kembali untuk tidur sehingga hilang rasa mengantuk.Kita tidak digalakkan untuk memaksa diri untuk melakukan sembahyang malam. Tetapi kita dianjurkan mengerjakan semampu kita dan apabila tubuh badan dalam keadaan segar.

Cara untuk mendirikan Solat Tahajjud

1. Terdapat berbagai cara untuk melakukan solat Tahajjud. kesemuanya pernah dilakukan oleh Rasulullah saw antaranya:

Namun kalau dirasakan berat memadailah dilakukan dengan sedikit iaitu sekadar dua rakaat tetapi dilakukan secara berterusan setiap malam. Dalam hal ini Rasulullah saw telah bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Aisyah, ketika Rasulullah ditanya oleh salah seorang sahabatnya:

“Apakah amalan yang disukai oleh Allah? Rasulullah menjawab : ” Yang terus menerus (sentiasa dikerjakan) walaupun sedikit.”

2. Lafaz dan niat untuk solat Tahajjud ialah:

Ushalli sunnatat tahajjudi rak’ataini lillahi ta’ala

Ertinya:”Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud dua rakaat kerana Allah ta’ala”

3. Bacaan surah atau ayat Al-Quran selepas Al-Fatihah:
Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi (seeloknya 7 kali)
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (seeloknya 11 kali)

4. Lakukanlah dua rakaat seperti sembahyang sunat yang lain., cuma selepas
membaca tasbih biasa ketika sujud kedua pada rakaat terakhir, bacalah doa
berikut:

Rabbid khalniimud khala sidqin wa-akhrijnii mukhraja sidqin waj’allii mil ladunka sultaanaan nasiiraa.

Ertunya: ” Tuhanku! masukkanlah aku kedalam pintu kebenaran dan keluarkanlah aku daripada pintu kebenaran  dan kurniakanlah kepadaku daripadaMu pembantu”

5. Lakukan sembahyang sunat tahajjud ini mengikut kemampuan. Kalau terlalu mengantuk maka eloklah dipenekkan sahaja.

6.  Selepas selesai mengerjakan sembahyang Tahajjud maka bacalah doa sepertimana yang pernah dibaca oleh Rasulullah saw ini:

Allahummaj’al fii qalbii nuuran wafii lisaanii nuuran waj’al fii sam’ii nuuran waj’al fii basori nuuran waj’al fii khalqii nuuran wamin amaamii nuuran waj’al min fauqi nuuran waa man tahtii nuuraa. Allahumma a’tinii nuuraa.

Ertinya: Ya Allah! Jadikanlah didalam hatiku cahaya yang cemerlang, pada lidahku cahaya yang cemerlang dan jadikan pada pendengaranku cahaya yang cemerlang serta jadikan pada penglihatanku cahaya yang cemerlang jadikan dibelakangku cahaya yang cemerlang dan dihadapanku cahaya yang cemerlang dan dari bawahku cahaya yang cemerlnag. Ya Allah! Kurniakanlah kepadaku cahaya yang cemerlang!”

KELEBIHAN  SOLAT TAHAJJUD

1.Diberikan keistimewaan oleh Allah

Orang-orang yang sentiasa melakukan sembahyang malam akan diberikan keistimewaan oleh Allah swt. dengan suatu keistimewaan yang tidak diperolehi oleh orang-orang yang tidak mengerjakannya. Ini ditegaskan oleh allah swt dalam firmanNya seperti yang telah termaktub didalam al-quran ertinya:

Apakah kamu hai orang-orang musyrik yang lebih beruntung atau orang-orang yang beribadat diwaktu malam dengan sujud dan berdiri, dalam keadaan takut kepada (azab) akhirat dan mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah ” Adakah sam orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang ynag tidak mengetahui? Sesungguhnya hanya orng-orang ynang berakallah yang dapat menerima pelajaran.”

2. Mencegah dosa dan meghalau penyakit

Sembahyang malam yang kita kerjakan itu adalah sebagai salah satu jalan bagi kita untuk mendekatkan diri kepada Allah sebagai penebus segala keburukkan pencegah dosa dan dapat menghindari  penyakit dari tubuh badan kita

Salman Al-Farisi berkata bahawa Rasulullah saw bersabda:
“Kerjakanlah sembahyang malam sebab itu adalah kebiasaan orang soleh sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada tuhanmu penebes segala keburukkan, pencegah dari melakukan perbuatan dosa dan dapat menghalau penyakit dari badan.”

SOLAT HAJAT

Rasulullah saw. bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat dari Allah atau salah seorang diri manusia maka hendaklah ia mengambil wuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia sembahyang dua rakaat. Sembahyang hajat bilangan rakaatnya dua tetapi ada pendapat lain mengatakan sebelas rakaat terpulang kepada individu masing-masing.

Cara untuk mendirikan solat hajat

1. Lafaz dan niat untuk solat hajat:

Ushalli sunnatal haajati rak’ataini lillahi taala

Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat hajat dua rakaat kerana Allah taala”

2. Bacaan surah atau ayat Al-quran selepas Al-fatihah:
Rakaat pertama: Ayat Al-Kursi
Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas

3. Apabila selesai sahaja sembahyang terus sujud kepada Allah dan membaca tasbih ini:

Subhanallazi labisal i’zza wa kola bihi subhanallazi ta a’tthofa bilmajdi watakarrama bihi subhanallazi ahsho kulla shaiin bi i’lmihi subhanallazi laa yakuunut tasbihu illa lahu subhaana zilmanni walfadhli subhaana zil i’zza walkirami ……………………

“Maha Suci Allah yang bersifat kemulian dan Dia berfirman dengannya. MAha Suci Allah yang mempunyai sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya, Maha Suci Allah yang meliputi ilmu-Nya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang meliputi ilmu-Nya tidak kepada orang lain. Maha Suci Allah yang mempunyai kelebihan dan pemberian. Maha suci Allah yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha suci Allah yang mempunyai pemberian dan nikmat, aku memohon rahmat-Mu dari kitab-Mu, dan dengan nama-Mu yang mulia dan kehormatan-mu yang tinggi dan kalimah-kalimah-Mu yang sempurna yang tidak dapat diatasi oleh segala kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau selawat dan salamkeatas Nabi Muhammad saw dan segala keluarganya kemudian diikuti dengan meminta hajat yang dikehendaki…….

Sembahyang Sunat Syukur

Apabila kita mendapat sesuatu nikmat, atau sesuatu yang kita hajati atau mencapai kejayaan, maka sewajarnyalah kita bersyukur kehadrat Allah swt, cara menunjukkan syukur ini ada pelbagai cara. Antaranya ialah, sujud syukur, sembahyang sunat syukur dan yang paling penting, menggunakan nikmat itu untuk perkara yang baik yang diredhai Allah.

Sembahyang ini dilakukan dalam dua rakaat sekali salam dan boleh dilakukan seberapa banyak yang termampu. Ia juga boleh dilakukan pada bila-bila masa, tidak kira siang atau malam, asalkan bukan pada waktu yang ditegah bersembahyang.

Cara melaksanakannya

1. lafaz dan niat sembahyangnya ialah:

Ushalli sunnatasy syukri rak’taini lillahi taa’la

Ertinya: “Sahaja aku sembahyang sunat syukur dua rakaat kerana Allah taala”

2. Lakukan sembahyang ini seperti biasa. Surah yang dibaca boleh dipilih dari mana-mana surah.

3. Selepas memberi salam, bacalah doa kesyukuran. Antara doa yang boleh dibaca ialah seperti ini:

Allaahumah sin ‘aaqibatanaa fill umuuri kullhaa wa-ajirnaa min khizyid dun-yaa wa’azaabal aakhirah. Allaahumah airnalhaqqa-warzuqnay tibaa-‘ahu wa-arinalbaathilan war zuqnag tinaabah.

Ertinya: ” Ya Allah, baikkanlah keberkesanan perbuatan kami dalam segala urusan dan selamatkanlah kami dari kehinaan dunia dan azab akhirat. Ya Allah, tunjukkanlah kami kepada perkara yang benar itu adalah benar dan pandulah kami supaya mengikutinya; Dan tunjukkanlah kami perkara yang batil itu adalah batil supaya kami meninggalkannya.”

Sembahyang Sunat Aidil Fitri

Sembahyang Sunat Aidil fitri atau Hari Raya fitrah ialah sembahyang sebanyak dua raka’at yang dilkukan pada 1 Syawal, Iaitu Hari raya Aidil Fitri yang pertama.

Hukumnya ialah sunat Muakkad (ssangat digalakkan). Ini berdasarkan kepada amalan Rasulullah saw yang tidak pernah meninggalkan sembahyang ini walaupun sekali dalam hidupnya. Baginda juga sangat menggalakkan umat Islam menyertai dan menghadiri sembahyang sunat Hari Raya.

Tujuan bersembahyang pada Hari Raya ini ialah untuk mengucapkan syukur kehadrat Allah swt. kerana telah mengizinkan umat Islam berpuasa selama sebulan pada bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan ini merupakan bulan yang sangat berkat dan bulan mengerjakan sebanyak-banyak ibadah kerana pada bulan ini Allah melipat gandakan pahala ibadah serta dipermudahkan-Nya ibadah dengan mengurung syaitan.

Oleh kerana itu, maka setelah selesai berpuasa selama sebulan, umat Islam beramai-ramai berkumpul dan memuji Allah di dalam sembahyang. Ia juga merupakan saat perjumpaan di antara satu sama yang lain, agar masing-masing boleh saling maaf-bermaafan. Setelah beribadah selama sebulan meminta ampun kepada llah, maka tibalah masa untuk meminta ampun sesama manusia pula.

Jesteru itu sembahyang ini walaupun boleh dlakukan bersendirian adalah lebi afdhal jika dilakukan berjemaah beramai-ramai sama ada di surau, masjid ataupun dilapangan yang terbuka.

Kalau mengikut sunnah Rasulullah saw baginda sentiasa melakukannya dilapangan yang terbuka, tidak di masjid. Ini adalah kerana baginda mahu seramai-ramainya umat Islam dapat berkumpul mendengar khutbah serta berukhuwah sesama mereka. Kerana inilah Rasulullah saw melakukannya dilapangan yang terbuka.

Semua kaum Muslimin termasuk hamba sahaya, kanak-kanak, anak gadis dan wanita digalakkan mengikut sama. Wanita-wanita yang uzur dan kedatangan haid pun digalakkan mengikut sekali dalam perjumpaan besar ini, walaupun mereka tidak boleh sembahyang. Syaratnya keadaan adalah selamat daripada fitnah dan wanita yang menhadiri sembahyang itu juga tidak mendatangkan fitnah,


9 Comments

  1. aina dya said,

    salam
    sy igin bertanya..
    apakah nama solat sunat apabila mengetahui pakaian solat yang digunakan itu terkena najis???

  2. ahmad faidz said,

    terima kasih kerana memberi maklumat tentang solat sunat yang saya cari selama ini..

  3. iera said,

    nk taw sal sunat sujud syukur tuh…xberapa jelas tetntg maksud sekali salam tuh..bleh terangkan ngan lebih detail????????tima ksih

  4. lisa sofea said,

    Bagus utk panduan hidup insan,

  5. Rezal said,

    Terima kasih byk2 dgn blog saudari ini…semoga allah menambahkan lagi ilmu saudari…

  6. terataibiru said,

    tksh..semoga allah memberkati dan merahmati kehidupan saudari….amin..

  7. Areeff Mohd said,

    Inf0 yg bgus d cni sy bleh memperbaiki s0lat sunat yg tlah sy kerjakn & dpt menambh ilmu pengetahuan tentang s0lat2 sunat yg lain..
    Harap2 d ms akan datang admin dpt memberikn lg cr & penerangan ttg s0lat2 sunat yg lain..

    • norsahrina said,

      insyaAllah..mf yer kawan2 sy dh lama x update blog ni…sy buat blog ni sebab utk memnuhi kperluan kursus waktu di tahun 1. ni ada link blog sy yg sering sy update http://norsahrina.blogspot.com/

  8. ZAIFAIDIN BIN AWAT@ANUAR said,

    Trima kasii ats panduan yg tlh dbrikn..smga dgn panduan tu, dpt sy susuli dgn amalan hendaknya..insyaALLAH..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: