Islamic Widget

November 10, 2009 at 4:31 am (Uncategorized)

Permalink Leave a Comment

Islamic Calendar

November 10, 2009 at 4:21 am (Uncategorized)

Permalink Leave a Comment

INFO

November 10, 2009 at 3:10 am (Uncategorized)

 

 

 

 

CABARAN WANITA DALAM GLOBALISASI

Pengenalan
Globalisasi adalah ungkapan yang begitu popular sekarang ini. Istilah ini digunakan hampir semua untuk perkara yang berkaitan dengan ekonomi, sosial dan budaya. Namun maksud harafiah globalisasi ialah menjadikannya global. Apakah yang dimaksudkan menjadikannya global? Siapakah yang mengglobalkan sesuatu? Penulisan tentang ekonomi menunjukkan bahawa terdapat beberapa perkara yang dikaitkan dengan globalisasi: pasaran bebas, membuat keuntungan, pengaruh institusi dan pasaran kewangan antarabangsa terhadap keutamaan dasar kebangsaan, peranan kecil kerajaan dan saiz belanjawan/budget, penswastaan pelbagai fungsi yang dahulunya ditanggung oleh kerajaan (seperti bekalan air, tenaga, perubatan dan perkhidmatan pendidikan), penyusunan semula pelbagai aktiviti untuk memudahkan pelaburan yang memberi ganjaran terhadap inisiatif individu dan peningkatan peranan sektor swasta (Forum Dasar Global, 1998).1 Inilah amalan ekonomi bersifat kapitalistik-turbo yang diterima pakai pada dasarnya oleh negara maju. Kemajuan dalam teknologi komunikasi maklumat internet menjadikannya mustahil bagi mana-mana negara membebaskan dirinya dari fenomena globalisasi. Justeru, globalisasi dilihat sebagai kuasa luaran yang datang dari barat atau negara maju yang boleh memberi terhadap pada aktiviti ekonomi tempatan kita. Dasar pasaran terbuka adalah suatu cabaran kepada ekonomi tempatan kita kecuali kita boleh menawarkan produk atau perkhidmatan yang lebih berkualiti dan infrastruktur kita pula lengkap dan pengurusan kita cekap. Ketidaktentuan pasaran kewangan boleh dengan sekelip mata menjadikan kita lebih miskin, jika nilai saham di pasaran jatuh dengan mendadak. Penswastaan perkhidmatan akan bererti perbelanjaan pengguna. Kos sara hidup akan meningkat.

Aktiviti ekonomi tidak diasingkan mahupun dipencilkan daripada dimensi kehidupan lain. Apapun, ekonomi merujuk kepada peraturan wang dan sumber di dalam sesebuah negara terutama sekali dari segi pengeluaran, pengagihan dan penggunaan barangan dan perkhidmatan.2 Globalisasi aliran dan dasar ekonomi amat jelas sekali mempunyai kesan terhadap sistem dan budaya di dalam negara. Walau bagaimanapun, sensitiviti, kebimbangan dan tindak balas individu terhadap kesan globalisasi akan berbeza daripada seorang individu ke individu yang lain, daripada satu kumpulan ke satu kumpulan dan daripada kerajaan kepada kerajaan bergantung pada pengertian globalisasi kepada setiap seorang daripada kita. Sama ada disedari ataupun tidak, yang pastinya setiap orang terlibat dengan globalisasi sama ada kita ambil kisah untuk memikirkan sejenak implikasinya ke atas kehidupan kita ataupun tidak. Pada peringkat kebangsaan, kerajaan menghendaki kita menguatkan kelebihan persaingan kita demi kehidupan negara begitu juga individu.

Untuk hidup kita perlu memahami globalisasi dan memberi tindak balas secara positif. Beberapa perkara asas yang perlu dilakukan ialah memastikan yang kita cekap dalam cara kita menguruskan hal-ehwal kita dan mesti ada kualiti dalam apa juga produk yang kita hasilkan atau perkhidmatan yang kita berikan. Sumber utama kita ialah manusia dan oleh itu kita perlu memastikan yang potensi bakat sumber manusia kita cukup membangun. Bukan sahaja manusia mesti berilmu tetapi mereka mesti juga memuaskan, bijak, kreatif dan produktif. Barulah kita boleh harapkan sumber bahan kita diuruskan dengan baik dan kita terus maju dan membangun.

Dengan pengenalan ringkas mengenai globalisasi kertas kerja ini difokuskan pada cabaran yang dihadapi oleh wanita, peranan yang boleh mereka mainkan dan tanggungjawab mereka. Kertas kerja ini berakhir dengan implikasi perbincangan terhadap peranan dan tanggungjawab wanita.
Impak Globalisasi terhadap Sosial
Seiring dengan globalisasi ialah penggunaan teknologi tinggi moden yang mempertingkatkan kecekapan. Urusan boleh diselesaikan dengan lebih pantas, produktiviti meningkat berlipat ganda, dan tiada halangan kepada pengagihan produk dan perkhidmatan pada bila-bila masa dan di mana juga, sebuah contoh mudah ialah penyerahan pizza ke depan pintu dengan hanya mendail nombor Pizza Hut. Dalam keadaan lain iklan dihantarkan ke hadapan pintu yang memaklumkan orang ramai mengenai adanya produk yang sering dijual pada harga yang dikurangkan. Ia mengumpan orang ramai membeli produk ini. Dorongan untuk berbelanja sentiasa ada biarpun ia atas nama gaya hidup, keselesaan ataupun kualiti.

Seterusnya, pasaran akan dipenuhi dengan semua jenis teknologi menggunakan ketuhar sebagai ganti kayu api untuk memasak mengurangkan masa memasak sebanyak hampir 75 peratus daripada masa pernah diambil. Mesin basuh telah mengurangkan satu lagi beban kerja fizikal daripada ramai wanita. Tetapi pengurangan masa bagi aktiviti domestik ini tidak memberi kita lebih banyak masa untuk berehat. Sebaliknya kita penuhi masa kita dengan aktiviti lain seperti keluar bekerja. Satu-satu faktor yang menentukan sama ada kita menerima pakai penggunaan teknologi ini ataupun tidak bergantung sama ada kita bekerja di luar rumah ataupun tidak dan mempunyai peruntukan dana yang mencukupi. Senario ini tentu sekali akan menjadi berbeza di kalangan wanita daripada negara berstatus sosio-ekonomi yang lebih rendah atau di negara kurang membangun.

Sifat semua aktiviti ekonomi yang berorientasikan keuntungan akan akhirnya meningkatkan kos kehidupan. Penswastaan perkhidmatan kesihatan dan pendidikan secara automatik akan membataskan akses kepada pelbagai aktiviti pendidikan dan budaya hanya kepada mereka yang kaya atau mewah. Jadi, hanya orang yang mewah sahaja akan mendapat faedah pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Apabila situasi ekonomi jatuh, para pekerja dalam perbadanan multinasional atau sektor swasta diberhentikan dengan pampasan yang terhad, mungkin juga cukup untuk memenuhi keperluan kewangan keluarga untuk beberapa bulan yang berikut. Bagaimana pula selepas itu?
Peranan dan Tanggungjawab
Apakah peluang hidup dalam situasi kompleks yang tidak menentu ini? Sebagai orang Islam kita mesti percaya yang kita boleh hidup. Nabi Muhammad s.a.w. mengingatkan kita yang baginda meninggalkan kita dua perkara: al-Qur’an dan al-Sunnah dan sekiranya kita patuh dengan apa yang ditetapkan kepada kita oleh al-Qur’an dan al-Sunnah, kita akan selamat di dunia dan di akhirat. Oleh itu harapan itu ada tetapi bagaimanakah kita melaksanakan ajaran ini?

Peranan utama lelaki dan perempuan adalah sebagai hamba dan khalifah Allah. Sebagai seorang hamba kita hendaklah patuh kepada apa yang diperintahkan kepada kita dan sebagai khalifah kita adalah (vicegerent) wakil Allah. Kita perlu menjaga keselamatan keluarga, masyarakat, kerajaan, persekitaran dan juga diri kita sendiri. Allah menyediakan kita dengan sumber asli demi untuk memenuhi keperluan kita untuk membangunkan sebuah masyarakat bertamadun. Bagaimanapun kita diperingatkan bahawa kepada Allah kita akan kembali.

Peranan kita sebagai khalifah boleh dilaksanakan dengan banyak cara bergantung kepada kecenderungan, kecekapan, minat dan tentu sekali peluang kita. Peranan biologi kita sebagai seorang wanita akan tetap tidak berubah. Kita mesti teruskan dengan proses pembiakan (penambahan) manusia. Ini bukan hanya untuk kehidupan manusia tetapi untuk membiarkan kita mengalami faedah, keseronokan dan rahmat menjadi seorang wanita dan menjadi seorang ibu.

Islam sebagai suatu cara hidup yang mengutamakan kebersihan dalam setiap aspek kehidupan biarpun ia fizikal, intelektual, emosional, kerohanian mahupun sosial. Sebagai contoh, kita mengambil wuduk lima kali sehari dengan penuh kesedaran bukan hanya membersihkan diri kita secara fizikal tetapi membersihkan jiwa kita secara simbolik. Kita memaaf dan melupakan demi memastikan yang kita bersih dari segi emosi.

Cara hidup Islam diajar di dalam al-Qur’an dengan prinsip asas berpunca daripada surah al-Fatihah – ummul kitab. Pertama kita dikehendaki mengenali hakikat bahawa kita mempunyai Allah, pencipta kita yang Maha Pemurah yang Maha Mengasihani, Raja Hari Akhirat. Allah yang kita sembah dan yang pertolongan-Nya kita cari. Kita memohon kepada-Nya supaya menunjuk kepada kita jalan kehidupan yang lurus, jalan yang dirahmati dan bukannya jalan salah ataupun jalan mereka yang sesat.

Daripada Surah Azzariat (51:56) kita diajar bahawa Allah mencipta jin untuk berkhidmat kepada Allah. Daripada Surah al-Mulk (67:2) kita diingatkan yang Allah mencipta mati dan kehidupan supaya Dia boleh menguji siapa di kalangan kita yang terbaik dalam amalan kita. Dia juga mengingatkan kita kepada Hari Kiamat agar menjalani kehidupan cara Islam bagaikan menggenggam bara arang, yang pada telahan saya orang Islam sudah mula mengalaminya hari ini. Kita dihina, dan di bahagian dunia tertentu diancam apabila kita memakai tudung kepala kita, ataupun memakai jubah kita. Sesungguhnya ini suatu cabaran kepada orang Islam hari in terutamanya mereka daripada generasi hari ini yang lahir apabila Malaysia berkeadaan lebih dari segi kebendaan berbanding keadaannya dua generasi yang lalu.
Peranan Biologi sebagai Seorang Wanita
Menurut Banci Penduduk tahun 2000, pendudul Malaysia sekitar 23 juta orang dengan 65.1 peratus Bumiputera, 49 peratus wanita dan tahap urbanisasi kurang daripada 40 peratus bagi negeri Perlis, Kelantan, Kedah dan Pahang. Nisbah wanita di Malaysia hampir lima puluh peratus. Angka ini hampir setengah daripada penduduk. Wanita adalah sumber manusia negara. Kita boleh dan harus bergantung kepada kuasa wanita untuk membantu mengekalkan komitmen negara untuk menjadi perindustrian dan maju. Dari satu segi Malaysia bernasib baik mempunyai sebilangan wanita dengan pendidikan di peringkat ketiga (tertiary) yang meneroka ke dalam pelbagai jenis profesion dan menjawat pelbagai jenis jawatan termasuk jawatan pengurusan tinggi. Wanita Malaysia, oleh itu boleh diharapkan untuk memainkan peranan bermakna apabila berhadapan dengan cabaran globalisasi. Apa yang kita perlukan ialah supaya semua orang bekerja secara kerjasama untuk menangani cabaran ini. Justeru dengan cara itu bolehlah kita mengharapkan keselarasan dalam rentak tingkah laku sosial rakyat Malaysia ke arah merealisasikan matlamat pembangunan negara.

Dengan peranan biologi itu, wanitalah yang akan mengandungkan anak. Bagaimanapun, perindustrian, pendidikan dan kelayakan yang lebih baik telah menarik wanita untuk menyertai tenaga kerja. Tentu sekali ini mempunyai sesuatu kesan terhadap kehidupan keluarga. Peranan ini kelihatan janggal antara satu sama lain. Juga tidak mudah bagi wanita yang benar minat dalam kedua-dua kerjaya dan kehidupan keluarga meninggalkan salah satu daripadanya. Tambahan pula tidak semua wanita boleh berhenti kerja tetapi semua kanak-kanak memerlukan penjagaan yang baik. Jadi bagaimanakah perkara ini boleh diselesaikan? Bagaimanakah penjagaan kanak-kanak boleh diinstitusikan? Apakah yang mesti dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan yang kanak-kanak yang mereka tinggalkan ini apabila mereka pergi bekerja tidak dinafikan kasih sayang, asuhan mesra dan pemeliharaan yang mereka perlukan bagi pembesaran dan perkembangan yang baik.

Pengasuh anak yang diamanahkan penjagaan anak-anak mereka oleh ibu adalah orang yang sangat penting bagi anak-anak kita. Kita perlu pastikan yang khidmat penjagaan kanak-kanak terus memenuhi standard bagi pembesaran dan perkembangan awal alam kanak-kanak yang teratur. Bagaimanapun suami dan isteri tidak boleh mengabaikan peranan mereka sebagai ibu bapa. Paling tidak yang boleh mereka lakukan ialah memastikan yang mereka menjadi model contoh wanita untuk anak-anak mereka terutama sekali dalam mengekalkan hubungan suami isteri yang baik. Tahap hubungan antara pasangan mesti menggambarkan kasih sayang dan hormat yang ditunjukkan oleh pasangan kepada satu sama lain. Bagaimana pasangan melayan dan berinteraksi antara satu sama lain boleh memberi kesan kepada kestabilan dan keselamatan emosi dalam diri kanak-kanak yang mana adalah sangat penting bagi pembangunan keperibadian normal kanak-kanak itu. Dengan bahagian emosi diselesaikan kita boleh harapkan anak-anak kita membesar dan berkembang dengan baik dalam aspek lain keperibadian mereka.

Sungguh membimbangkan bagi kita untuk melihat ibu bapa muda selepas dua tahun berkahwin mereka bercerai. Kanak-kanak dinafikan kasih sayang ibu bapa, kemesraan dan perhatian. Keperitan kehidupan dengan ibu atau bapa tunggal atau tanpa ibu bapa berpanjangan. Masyarakat cenderung mempunyai lebih banyak individu bermasalah apabila anak-anak kecil ini membesar menjadi remaja dan orang dewasa. Mungkin bagi ibu bapa masa ini untuk memainkan peranan mereka secara berkesan. Mereka memerlukan kaunseling dan bimbingan ketika ikatan kasih mereka masih kuat bukan ketika perceraian akan berlaku. Kursus mengenai perkahwinan diberikan kepada pasangan yang akan berkahwin. Mungkin juga lebih baik jika pasangan ini juga diberikan kursus mengenai keibubapaan yang berkesan dan bermakna. Lembaga Penduduk dan Perancangan Keluarga Malaysia (LPKM) mempunyai objektifnya mengukuhkan institusi keluarga dengan mengenal pasti faktor yang mempengaruhi dan membangunkan serta mempromosi program keluarga dan keibubapaan dengan matlamat melahirkan rakyat yang bertanggungjawab.3 Semoga ibu bapa muda kita akan bertindak pantas dan menyokong usaha yang diambil oleh Lembaga untuk memastikan yang institusi keluarga di Malaysia kukuh dan kanak-kanak di Malaysia gembira dan sihat sejahtera.
Sebagai Penjaga Budaya dan Persekitaran Islam
Globalisasi aliran dan dasar ekonomi mempunyai kesan terhadap sistem sosial dan budaya di dalam negara. Kemasukan budaya barat yang terdiri daripada makanan segera, perlumbaan Formula 1 menerusi program budaya dan sukan di TV melalui satelit. Penggunaan bahasa Inggeris sangat dipromosikan dan ini menjadikan penggunaan bahasa tempatan yakni bahasa Malaysia kurang berfungsi dan kandungan budaya keagamaan Bumiputera bagi gaya hidup kita akan digantikan oleh yang asing hanya dengan mengizinkan diri kita sendiri didedahkan kepada maklumat dan pengaruh asing. Kita mungkin boleh menerima gaya berpakaian yang moden dengan syarat tidak melanggar batas syariah iaitu menutup aurat.

Apa yang lebih mengancam ialah pengeksportan nilai bukan Islam ke masyarakat kita terutama sekali di kalangan para belia dan kanak-kanak – hidupan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Kebebasan menzahirkan perasaan seperti berpelukan dan berkucupan di tempat awam, cara hidup yang sangat kebendaan dan individualistik. Nilai yang disebarkan adalah kehidupan bagi yang paling layak, kesombongan hingga kepada tingkah laku lucah apabila cuba mengatasi orang lain, menerima pakai cara hidup berseronok bagi kehidupan, hiburan dan sukan yang menyeronokkan. Kita tiada hak menghalang apa juga yang orang lain ingin lakukan. Nilai dan amalan ini sangat bertentangan dengan cara hidup Islam yang kita terima secara tradisi. Islam mematuhi batasan tingkah laku sosial antara jantina. Islam menganjurkan ketertiban dalam tingkah laku. Jadi kita mempunyai tanggungjawab dari segala hak untuk menyediakan cara hidup alternatif terutama sekali bagi mereka yang mengamalkan tingkah laku yang tidak diingini kerana kejahilan.

Persekitaran budaya adalah faktor penting dalam kehidupan sesiapa sahaja khususnya apabila individu itu masih di peringkat pembentukan pandangan dunia dan set nilainya sendiri. Bagaimana alam persekitaran terbina akan mempengaruhi secara tidak langsung kegiatan kita. Sebagai contoh, jika kita mematuhi secara rutin waktu solat kita dan pembacaan al-Qur’an pada waktu subuh ataupun maghrib, memastikan program hiburan ditutup semasa azan dan pada waktu solat, anak-anak kita akan segera dibentuk untuk mengembangkan tabiat yang sama. Inilah proses penyebaran norma budaya kepada anak kecil kita. Sebaik sahaja tabiat sedemikian diwujudkan di rumah ia menjadi adat bagi mereka untuk melakukan perkara yang sama apabila mereka hidup sendiri. Pada masa yang sama, juga menjadi amalan baik untuk memaklumkan kepada anak kita kemungkinan mereka menemui orang yang tidak mengamalkan norma demikian agar mereka tidak akan terkejut apabila mereka melihat amalan yang berbeza oleh orang yang kelihatan datang dari bangsa dan agama yang sama.

Beralih keluar daripada rumah, kita pada masa ini dapat melihat hakisan persekitaran Islam di tempat awam seperti di gedung membeli belah. Tidak ada apa yang mengejutkan jika kita berada di kawasan awam bukan Islam, tetapi menjadi agak membingungkan sekiranya ia kebanyakannya dalam kawasan awam orang Islam. Sebagai contoh, kita dapati bahawa apabila azan berkumandang dan sudah masuk waktu solat, pemilik kedai makan membenarkan ditayangkan rancangan hiburan TV sekuat-kuatnya. Kurangnya kepekaan mereka kepada yang demikian adalah suatu tanda tidak hormat terhadap agama mereka sendiri. Daripada memperkukuhkan kepatuhan mereka terhadap tradisi Islam, kedai makan dan pemilik kedai ini mempengaruhi pengunjung mereka supaya meninggalkan kesedaran dan penghormatan mereka kepada agama mereka. Lama kelamaan agama tidak lagi akan mempunyai kaitan ke atas cara mereka mengendalikan kehidupan mereka. Hari ini orang hampir mengatakan yang agama adalah hal peribadi dan oleh itu tidak boleh dicampuri secara umum. Ini bertentangan dengan prinsip bahawa Islam ialah suatu cara hidup dan kod penilai perilaku adalah sebahagian daripadanya.

Kita harus mempromosikan kepatuhan kepada cara hidup Islam. Kita harus menghormati dan mematuhi waktu solat kita. Pemilik kedai boleh menutupkan bunyi muzik rock yang sangat kuat itu dan memasangkan bacaan ayat suci al-Qur’an khususnya di kedai yang sangat hampir dengan masjid. Mungkin juga kumpulan wanita boleh bekerjasama dengan majlis tempatan untuk melakukannya. Contoh amalan yang mudah ini akan membantu mengingatkan belia kita mengenai waktu solat mereka. Apa yang penting adalah bahawa kepatuhan solat akan menghalang orang daripada melakukan perkara mungkar. Oleh itu, inilah cara tidak langsung mengekalkan ciri moral cara hidup Islam.

Wanita sebagai ejen penyebaran budaya boleh mencadangkan kepada Jabatan Hal-Ehwal Agama meminta pemilik kedai dan restoran melaksanakan tanggungjawab sosial mereka dengan mewujudkan persekitaran Islam bagi pengunjung Muslim mereka khususnya pada waktu solat. Amatlah bermanfaat sekiranya bengkel untuk kumpulan perniagaan diadakan agar mereka memahami dan menghargai keperluan untuk membantu program pembangunan masyarakat memupuk kesedaran keagamaan masyarakat Islam. Mungkin juga ia keterlaluan untuk menutup kedai ketika waktu solat di Malaysia tetapi tentu sekali tidaklah mustahil menutup program hiburan semasa azan. Sebagai ganti mereka boleh memilih program pembacaan al-Qur’an ataupun perbincangan agama. Islam tidak menghalang membuat keuntungan tetapi menerima pakai pendekatan hedohisme untuk menggoda orang mengunjung kedai mereka menjijikkan. Tentu sekali, pertama mereka mesti mempercayai bahawa pahala yang Allah berikan kerana membuat orang lain sedar dari segi agama adalah lebih daripada keuntungan yang boleh mereka buat menerusi penyediaan perkhidmatan mereka.
Sebagai Ahli Profesional
Kehidupan Keluarga
Setiap orang dari kita adalah hamba Allah dan Khalifah. Ini bermakna yang setiap daripada kita mempunyai potensi untuk menyediakan perkhidmatan kepada orang lain dalam peranan kita sebagai anak, sebagai ibu, sebagai ahli sebuah intitusi dan masyarakat. Maksud perkhidmatan dalam penulisan ini diambil dalam pengertiannya yang meluas. Ia termasuk prestasi kerja atau tugas untuk orang lain dalam keluarga ataupun sebaliknya.

Institusi keluarga adalah tunggak pembinaan masyarakat. Sebagai wanita yang boleh melahirkan anak, perkhidmatan pertama kita ialah menjadi ibu yang baik dan bertanggungjawab kepada anak kita. Keibubapaan merupakan satu kerjaya. Ini dijelaskan oleh sebuah hadith yang mengatakan bahawa kerja yang paling baik yang dicipta Allah untuk manusia ialah menjadi seorang ibu atau bapa. Kita terpaksa mencuba yang terbaik untuk membesarkan anak-anak kita untuk menjadi insan kamil, iaitu orang Islam yang baik, berilmu, bijak dan berguna kepada masyarakatnya. Inilah tanggungjawab kita. Dengan membesarkan individu yang sedemikian adalah diharapkan orang Islam dapat mengatasi aspek negatif kebendaan yang dibawa melalui sistem ekonomi kapitalis.

Berhubung dengan perkara ini adalah penting kaum wanita diberi pelajaran atau mempelajari sendiri mengenai pembangunan kanak-kanak dan penjagaan anak daripada dalam kandungan hingga dilahirkan dan peringkat awal masa kanak-kanak. Jenis individu apa yang akan terbentuk di kemudian hari bergantung sebahagiannya kepada sejarah kita di masa lalu. Pertama, ada keperluan untuk menjaga keadaan fizikal janin semasa mengandung dan selepas mereka dilahirkan. Kita inginkan bayi di lahirkan sihat. Malaysia mempunyai khidmat penjagaan kesihatan yang baik. Ibu muda oleh itu harus menghargai keperluan untuk menjalani pemeriksaan kehamilan secara tetap dan tidak mengguna pakai sikap laissez faire berhubung dengan pemeriksaan perubatan. Kurang pengetahuan terhadap kesan pengambilan dadah pada peringkat tiga bulan pertama kehamilan, boleh menyebabkan ibu muda mengambil ubat sewenang-wenangnya demi demi untuk menghentikan rasa loya tanpa menyedari kemungkinan bayi mereka dilahirkan cacat. Mereka juga mungkin tidak mengamalkan tabiat makan secara sihat dan sempurna.

Bagaimanapun, kita perlulah bersikap praktikal dan bertimbang rasa. Ibu bekerja yang pada masa sama hamil boleh dengan mudah menjadi tertekan. Mereka perlukan sokongan daripada pegawai tertinggi mereka di tempat kerja. Pertimbangan perlu diberikan dan mereka perlu mempunyai kemahiran mengatasi tekanan agar mereka mengimbangi tekanan kerja dan keseronokan menjadi hamil. Ini merupakan satu cabaran dalam budaya kerja yang mementingkan produktiviti dan keuntungan di samping membiarkan para pekerja menyelesaikan sendiri masalah keluarga dan rungutan mereka. Menyedari kesan globalisasi, pihak kerajaan mungkin tidak mampu melaksanakan dasar sosial terhadap organisasi-organisasi khususnya di sektor swasta dan korporat. Oleh yang demikian, kumpulan wanita mungkin terpaksa memujuk dan menyakinkan organisasi supaya bertanggungjawab secara moral dalam melindungi kebajikan generasi akan datang.
Pendidikan
Pendidikan yang baik merupakan prasyarat untuk membangunkan sebuah masyarakat berilmu dan mencintai ilmu sepanjang hayat. Ini selaras dengan hadith yang menasihatkan kita supaya menuntut ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad. Pendidikan yang baik hendaklah dimulakan dari buaian seterusnya pendidikan prasekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, peringkat tertinggi. Pendidikan yang baik adalah suatu keperluan jika kita ingin kekal bersaing dan jika kita ingin bertahan daripada kesan globalisasi.

Orang Islam di Malaysia yang majoritinya orang Melayu kurang sumber manusia profesional yang diperlukan untuk memastikan penyertaan sama rata dalam pelbagai jenis aktiviti ekonomi. Rajah 1 di bawah menunjukkan pengagihan golongan profesional di kalangan kumpulan Bumiputera (orang Islam Melayu adalah golongan majoriti dalam kumpulan ini dan bukan bumiputera) orang bukan bumiputera.

Rekod prestasi akademik kita perlu diperbaiki. Ia bukanlah bererti kita tidak mempunyai potensi untuk berprestasi baik. Kita boleh. Malangnya prestasi kita berbanding dengan bukan Islam, khususnya kaum Cina kita berada di paras yang lebih rendah dalam bidang matematik, sains dan Inggeris. Ini dapat dilihat dengan jelas sejak peringkat rendah dan jurangnya menjadi lebih luas apabila kita menaiki tangga pendidikan peringkat lebih tinggi. Fenomena ini belum diatasi dengan jayanya. Ini bukanlah bererti kita tidak mempunyai potensi untuk melaksanakan dengan baik. Kita ada. Pandangan peribadi saya ialah bahawa ia tidak boleh diselesaikan di dalam bilik darjah. Terdapat masalah yang lebih asas yang kita belum atasi lagi. Sekali lagi pandangan peribadi saya ialah masalah ini bersifat budaya dan justeru suatu pendekatan budaya perlu diguna pakai untuk menyelesaikan masalah itu. Bagaimanakah kita menganggap ilmu sebagai sebuah masyarakat? Apakah nilai yang keluarga dan masyarakat kita berikan terhadap ilmu? Bagaimanakah perolehan ilmu berbanding dengan perolehan kebendaan? Yang manakah lebih penting? Kita boleh lihat bahawa keputusan yang kita buat berhubung dengan ilmu akan mempengaruhi penglibatan kita dengan aktiviti berkaitan dengan ilmu. Kita mungkin juga tidak akan berpuas hati sahaja setakat belajar untuk lulus.

Berhubung dengan prestasi kita yang lebih rendah dalam sains dan matematik, secara peribadi saya percaya ia bukanlah kerana kita kekurangan keupayaan untuk belajar tetapi lebih kerana anak kita bermula lambat untuk belajar. Yang anehnya, kita membaca hadith “carilah ilmu daripada buaian hingga ke liang lahad” tetapi apakah maksudnya dalam kehidupan sebenar? Bagaimanakahkita mencari ilmu daripada buaian? Tafsiran dan terjemahan hadith ini secara praktik yang belum kita laksanakan secara teliti. Ibu bapa, khususnya para ibu mesti mempunyai sedikit ilmu dan memahami aspek praktikal hadith itu. Kemudian mereka boleh mengarahkan arah saat perinteraksian mereka dengan bayi mereka ke arah kepekaan deria bayi itu kepada tubuhnya sendiri dan dunia di sekelilingnya. Ini memulakan proses perkembangan bayi itu secara kognitif dan emosi. Beginilah caranya kami melibatkan ibu bapa muda memainkan peranan mereka dalam pembinaan bangsa bermula daripada masa anak mereka dilahirkan.

Seterusnya kita mesti ingat bahawa terdapat sebilangan ibu bapa bekerja dengan tahap pendidikan dan profesion yang berlainan. Persoalannya apakah mekanisme yang kita ada agar kita boleh sebarkan maklumat berhubung dengan pembinaan bangsa kepada ibu bapa ini dan bagaimanakah kita boleh pastikan yang mereka bersedia mengambil bahagian dalam pembangunan projek kebangsaan sumber manusia jangka panjang ini. Kita juga perlu memastikan bahawa pengasuh kanak-kanak di rumah tumpangan berpendidikan dan cukup cekap untuk mengasuh dan mendidik anak kecil kita semasa zaman pembentukan alam kanak-kanak mereka agar membesar secara optimum selaras dengan umur mereka.

Dalam konteks globalisasi, kita maklum bahawa kita memerlukan seseorang yang bukan sahaja berilmu tetapi seseorang yang boleh juga berfikir secara kritis dan analitis. Kemahiran sedemikian diperlukan kerana globalisasi melibatkan perubahan idea, teknologi, gaya hidup dan tidak kurang perubahan dalam persekitaran yang berterusan. Oleh itu, terdapat keperluan bagi kita untuk berupaya membuat penyesuaian yang sepadan demi meneruskan kehidupan harian kita. Sekali lagi perkembangan kemahiran berfikir perlu dimulakan pada awal kehidupan. Berfikir merujuk kepada keadaan minda yang aktif. Minda seorang kanak-kanak boleh menjadi aktif sebaik sahaja anak itu dilahirkan. Memberi reaksi kepada sentuhan kita menggambarkan suatu minda yang sudah dirangsang. Jadi, jika setiap ibu atau bapa, khususnya ibu dan pengasuh anak, memainkan peranan mereka seperti yang dijangkakan, maka kita boleh mengharapkan yang masyarakat kita akan membesarkan anak-anak yang mental mereka aktif dan bijak.

Mempelajari dan memahami al-Qur’an menjadi lebih menyeronok dan menarik apabila kita mempunyai sedikit pengetahuan asas dalam bidang pengkhususan kita sendiri. Kita mungkin mempelajari fakta disiplin ilmu tertentu menerusi kelas formal kita. Pada masa yang sama al-Qur‘an menyediakan kita dengan konsep asas, idea, dan prinsip yang berkaitan dengan disiplin kita sendiri.

Pembelajaran al-Qur’an menjadikan seseorang itu dinamik jika dia mengamalkan ajaran al-Qur’an. Al-Qur’an memotivasikan seseorang itu menjadi aktif dalam semua bidang kehidupan manusia. Ia mempromosikan suatu cara hidup yang seimbang. Ia mengekalkan komitmen dengan menjanjikan individu dengan pahala, sebagai contoh, surah al-Baqarah (2:261) memberitahu kita: bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan Allah akan melipatgandakan pula bagi sesiapa yang dikehendakinya dan Allah amat luas kurnianya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.

Tentu sekali perlu ada satu kepercayaan dan keyakinan berhubung kebenaran janji itu. Jika tidak, kita tidak akan dapat melakukan apa yang diperintahkan kepada kita terutama sekali apabila kita diharapkan membuat pengorbanan.

Masalahnya ialah bagaimana kita mempraktikkan ajaran Islam di dalam bilik darjah kita. Disebabkan sistem pendidikan kita berorientasi peperiksaan, fokus kita ke atas pengajaran lebih merupalan penyediaan fakta dan latihan kemahiran menyelesaikan masalah. Kita tidak dilatih menggunakan ayat al-Qur’an apabila mengajar subjek lain selain daripada pengajian agama. Tentu sekali kemahiran bekerja berkumpulan dan aspek emosi pembangunan keperibadian menyediakan ruang untuk memperkenalkan ajaran Islam. Apatah lagi asas falsafah pendidikan kita ialah penerapan nilai halus yang wujud dalam ajaran Islam. Jadi, pendidikan sebagai suatu cara mengembangkan keperibadian seorang pelajar mencabar. Pengetahuan pendidik mengenai psikologi manusia adalah suatu keperluan. Tetapi ini tidak mencukupi. Kita juga perlu memahami pembentukan jiwa pelajar kita agar pendekatan kita kepada komunikasi dan pengajaran tidak akan hanya menjadi pemindahan fakta dan maklumat tetapi pujukan motivasi ke arah sikap positif dan keseronokan terhadap pembelaharan.

Perlaksanaan program sedemikian memerlukan tenaga manusia dengan pengkhususan yang berbeza: agama, bidang ilmu khusus, psikologi kanak-kanak, dan tidak dilupakan pakar ICT dan pengeluar program media massa. Bukanlah kita tidak mempunyai program sedemikian. Kita ada. Tetapi apa yang kita perlu lakukan hari ini ialah mencari jalan dan cara menaikkan taraf program ini dengan pengintegrasian pelbagai ilmu khusus untuk memenuhi keperluan semasa dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat kita.
Sebagai Usahawan
Wanita yang berdikari mempunyai peluang yang lebih baik untuk hidup. Bagi wanita Islam, kita mempunyai Siti Khadijah r.a., seorang peniaga wanita dan isteri tersayang Nabi Muhammad s.a.w. untuk dicontohi. Selain itu terdapat sebuah hadith lain yang menyatakan bahawa 9/10 daripada rezeki kita datang daripada perniagaan. Bagi mereka yang berupaya dan cekap, kita harus mengalakkan mereka menjadi usahawan ataupun melibatkan diri dengan aktiviti perniagaan lain. Keusahawanan melibatkan pengeksploitan peluang menerusi penggunaan bahan dan bakat untuk menghasilkan sebuah produk baru ataupun menyediakan perkhidmatan baru. Kita melihat wanita melakukan banyak kerja usahawan dalam industri makanan, membuat bekas telur untuk perkahwinan Melayu, dan membuat skaf dll. Produk ini terus berubah dari segi bentuk saiz dan warna dengan berlakunya masa. Oleh itu wanita ini boleh menjana aktiviti yang mendatangkan wang yang boleh membantu memperbaiki kedudukan ekonomi keluarga dan masyarakat.

Untuk memastikan yang perniagaan mereka maju, usahawan wanita ini mewujudkan jaringan kerja untuk membantu usahawan wanita lain. Jaringan kerja itu boleh menyediakan program latihan dan perkhidmatan bagi mereka yang memerlukan dan memperkenalkan penggunaan teknologi baru untuk memodenkan pengurusan atau perjalanan perniagaan mereka. Sungguhpun industri itu mungkin secara kecil-kecilan, sebagai sebuah kumpulan mereka masih boleh hidup.
Sebagai Ejen Perubahan Budaya
Berhubung dengan pembinaan bangsa, antara perkara lain yang perlu diberikan perhatian sewajarnya ialah membudayakan sains dan teknologi. Sains dan teknologi terus maju mengikut masa. Gaya hidup kita, aktiviti kita dan cara kita mengurus kehidupan kita terus berubah sama ada atas nama kecekapan atau kepantasan. Satu perkara yang perlu kita ingat ialah untuk tidak membiarkan teknologi membentuk kehidupan kita, sebaliknya kita menguasai kehidupan kita menerusi penggunaan teknologi. Ini bermakna kita perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih baik mengenai konsep asas sains dan teknologi dan cekap dalam hal-ehwal sains itu.

Budaya sains dan teknologi membawa pengertian yang lebih luas bukan setakat memperoleh fakta sahaja. Ia termasuk pembangunan kemahiran meta-kognitif dan kognitif terhadap pemikiran saintifik yang menekankan pemikiran sistematik, logik dan analitikal yang tentu sekali dalam kerangka tauhid. Membudayakan bermaksud menanam nilai saintifik seperti menghormati kebenaran, ikhlas menerima keterangan berdasarkan pernyataan yang sah dan boleh dipercayai dan melaksanakan disiplin dan peraturan. Sekali lagi nilai saintifik ini jugalah nilai yang Islam anjurkan.

Membudayakan sains adalah kesan tabii menterjemah ajaran al-Qur’an ke dalam kehidupan harian. Hasil kerja sains sebenarnya menyediakan kita dengan pemahaman padu mengenai pelbagai maklumat dan ilmu abstrak yang terdapat di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Meskipun alam adalah salah satu daripada dua buah kitab Allah, yang pertama ialah al-Qur’an. Dalam Surah al-‘Alaq (96:1-5) kita disuruh membaca dan Tuhan mengajar kita menulis dan mengajar kita ilmu yang kita tidak tahu. Ayat ini menyediakan kita dengan prinsip asas pembelajaran, iaitu kita terpaksa membaca, menulis dan barulah mendapat ilmu. Alam juga boleh dibaca. Alam adalah suatu sumber maklumat. Alam dibaca menerusi pemantauan, kaji selidik dan pengrekodan data. Kemudian sambil kita menganalisis data itu kita mendapat ilmu baru. Justeru hanya dengan membaca al-Qur’an dan mempunyai keinginan untuk mempraktikkan apa yang dibaca, seperti dalam kes contoh ini, akan membuat seseorang itu akhirnya membuat sesuatu yang bersifat saintifik.

Malah zikrullah yang mudah itu mengajar kita mengenai kaedah memperoleh ilmu. Sebagai contoh, samiun alim – dengan dan jadilah (orang) berilmu, basirun alim – lihat, pantau dan jadilah (orang) berilmu. Selain itu al-Qur’an juga memperuntukkan kita dengan asas untuk berfikir secara kritikal dan analitikal dengan syarat kita tidak hanya membaca al-Qur’an tetapi memahami makna apa yang kita baca. Sebagai contoh, al-Qur’an membangkitkan persoalan seperti “adakah mereka yang berilmu sama dengan orang yang tidak berilmu?”. Soalan sedemikian dan banyak lagi soalan yang lain yang terdapat di dalam al-Qur’an mencabar untuk berfikir. Oleh itu, pembacaan al-Qur’an secara tetap dan terjemahannya boleh mempengaruhi pembaca lambat laun membangunkan suatu minda yang suka menyoal. Minda yang menyoal adalah prasyarat kepada kreativiti dan inovasi. Minda yang suka menyoal jika dibenarkan wujud, akan memotivasikan seseorang untuk mencari ilmu, meningkatkan keta’akulan dan diharapkan menjadi lebih bijak. Jika seorang ibu atau pengasuh anak kecil faham maksud dan konteks ayat ini, dia boleh diharapkan untuk memainkan suatu peranan dalam membudayakan sains di kalangan anak-anaknya.

Seorang ibu boleh memberi bayinya suatu kesan yang berpanjangan ke atas pertumbuhan pembangunan kognitif anaknya dengan merangsang anak tersebut menggunakan semua deria menerusi hubungan mata, sentuhan dan perbualan sebaik sahaja anak itu dilahirkan. Ini akan merangsang otak untuk bertindak balas dan berinteraksi dengan persekitaran dengan cara yang terfokus. Ibu boleh menggalakkan anak mereka menerokai dan berinteraksi dengan persekitaran, melibatkan diri dengan mengutarakan soalan dan memberi jawapan agar mereka mendapat sebanyak mungkin ilmu pengetahuan menerusi pengalaman dan penemuan. Juga penting kanak-kanak itu dilatih dan digalakkan bercakap, meluahkan perasaan mereka, memberi alasan yang munasabah, mula berfikir pada usia muda supaya menjelang masa kanak-kanak bersekolah mereka mungkin sudah mempunyai asas yang kukuh untuk membangun dan mempercepatkan pemikiran saintifik mereka. Oleh yang demikian, kita mempelawa ibu bapa supaya menyumbangkan kearah menyediakan anak kita dengan suatu permulaan awal dan membudayakan sains dalam masyarakat.
Penjagaan Alam Sekitar
Satu lagi bidang lain yang memerlukan penjagaan dan perhatian ialah penjagaan alam sekitar. Wanita boleh memainkan peranan mereka untuk menganjurkan gaya hidup yang bersih dan sihat. Antara perkara lain yang kita perlu lakukan ialah mengamalkan tabiat mudah membuang sampah ke dalam tong sampah terutama sekali di kawasan awam seperti taman, kedai makan dan kawasan yang di luar halaman kita sendiri. Kita juga perlu menjaga surau kita dengan menyediakan kain sembahyang dan telekung yang bersih serta bilik yang dijaga bersih agar tidak menjejaskan imej Islam. Ahli jawatankuasa yang menjaga bilik solat wanita perlu memastikan yang kain telekung selalu dihantar untuk dicuci. Kita boleh menggalakkan orang ramai menderma bagi tujuan penjagaan surau itu. Ini adalah untuk menanam perasaan kebersihan, satu lagi indeks kualiti kehidupan untuk mengimbangi kehidupan kebendaan yang canggih menerusi penggunaan teknologi tinggi.
Apakah yang diharapkan daripada kita sebagai wanita Islam
Pemikiran dan idea manusia berubah dengan masa seperti yang ditunjukkan oleh fenomena globalisasi. Bagi mereka yang tidak bersedia, globalisasi adalah sesuatu yang menakutkan tetapi kepada mereka yang faham proses globalisasi dan mengapa ia terjadi, mereka lebih bersedia untuk menghadapinya. Keyakinan itu diperkukuhkan oleh kepercayaan bahawa kita boleh menghadapi cabaran itu dengan syarat kita memenuhi syarat yang diperlukan.

Globalisasi sangatlah dikaitkan dengan hal-ehwal ekonomi tetapi kesannya melimpahi ke dimensi kehidupan sosio-budaya. Dalam bidang inilah peranan dan tanggungjawab wanita dalam menghadapi cabaran globalisasi dibincangkan. Peranan asas masih lagi menjadi hamba dan khalifah Allah tetapi dalam konteks sosio-budaya globalisasi, peranan dan tanggungjawab wanita sudah dibincangkan. Wanita mempunyai peranan biologi yang perlu dilaksanakan. Wanita juga penjaga budaya Islam. Mereka boleh menjadi profesional dalam pelbagai bidang profesion. Merekalah ejen perubahan budaya dan penjagaan alam sekitar. Mereka juga memainkan peranan sebagai usahawan.

Walaupun globalisasi membawa perubahan, satu perkara yang pasti tetap kekal ialah sunnahtullah. Kemajuan sains dan teknologi hanya mengubah keadaan benda yang kita ganggu. Justeru terdapat keperluan bagi kita mengingatkan diri kita sendiri secara berterusan akan sunnahtullah dan kemudian memikirkan cara perintah Allah itu boleh diterjemahkan ke dalam amalan dengan mengingati perubahan keadaan yang dibawa oleh kemajuan sains dan teknologi moden. Kitalah penjaga norma sosio-budaya kita sendiri. Oleh itu kita perlu menyemak semula secara berterusan amalan norma kita sama ada ia selari dengan perubahan yang berlaku secara global ataupun tidak.

Kita perlu ingat bahawa niatlah yang menentukan hala tuju tindakan kita dan selagi matlamat akhir kita Allah S.W.T. maka kemungkinan besar laluan yang kita lalui adalah jalan lurus sebenar. Kita mesti juga yakin yang Allah akan memberi kita taufik dan hidayah agar kesusahan dan halangan yang datang dianggap sebagai cabaran dan kita berupaya untuk menanganinya.

Selagi membabitkan wanita, kita mempunyai banyak peranan untuk dimainkan dan sejauh mana kita mainkan peranan kita akan tentu sekali bergantung kepada latar belakang pendidikan kita, tanggungjawab yang kita pikul dan jenis sokongan yang disediakan kepada kita. Oleh itu terdapat batas tentang sumbangan kaum wanita secara individu

Ini bererti kita memerlukan program, perancangan dan perlaksanaan yang tersusun yang seterusnya bergantung kepada dasar, infrastruktur dana dan agensi kebangsaan untuk menjalankan program ini. Malaysia kini lebih bersedia untuk kaedah pertubuhan dan perlaksanaan program yang lebih tersusun. Jabatan Hal-Ehwal Agama Malaysia boleh memainkan peranan penting untuk membantu wanita melaksanakan peranan mereka yang disemak semula untuk menghadapi cabaran globalisasi. Namun Jabatan Agama memerlukan kepakaran daripada pelbagai bidang untuk membantu mencorak pelan tindakan dan menentukan strategi sesuai untuk pelaksanaan. Mereka yang mempunyai latihan agama boleh menyediakan input Islam manakala pakar boleh menyediakan maklumat teknikal yang diperlukan untuk mencorak dan mengimplementasi program itu. Pelaksanaan program ini mesti diperluaskan ke peringkat akar umbi memandangkan inilah penduduk yang menjadi kelompok besar penduduk Muslim dan keadaan mereka menentukan keseluruhan keadaan sosial ummah. TV dan akhbar akan menjadi saluran komunikasi penting seperti yang kami tunjukkan bahawa kedua-dua media ini digunakan secara meluas oleh rakyat Malaysia.4 Kita juga sudah meneroka kerjasama dengan pelbagai kumpulan wanita termasuk pihak masjid dan surau.

Untuk memastikan pelaksanaan program dengan berkesan, wanita pada keseluruhannya perlu terus mempelajari ilmu dan kemahiran baru. Antara kemahiran yang perlu dibangunkan ialah komunikasi intra peribadi dan kemahiran komunikasi yang berkesan bagi tugas berlainan yang mereka laksanakan.

Sel T-pembantu adalah dari kumpulan sel darah putih yang dikenali sebagai limfosit. Sel T-pembantu akan mendatangi dan melekatkan dirinya dengan makrofaj untuk membantu makrofaj mengenali sama ada yang berada dalam genggamannya itu kawan atau musuh. Sekiranya sel T-pembantu memutuskan ianya adalah musuh, ia akan mengeluarkan hormon yang dikenali sebagai sitokines, yang memberi isyarat kepada sistem imun untuk bertindak dengan pantas. Ini merangsang sel-B untuk bertindak dan menarik lebih banyak makrofaj dan sel T-pembantu untuk datang menyelamat. Sekiranya sel T-pembantu tidak mengenali penceroboh asing tersebut, sistem imun akan menganggapnya sebagai kawan dan membiarkannya. Bayangkan apa yang akan terjadi. Ya, kita akan mendapat penyakit yang berpunca dari penceroboh (mikro-organisma) tersebut. Sebagai contoh virus SARS. Sistem imun kita tidak mengenali mikro-organisma yang kita atau ibu kita belum pernah terdedah kepadanya. [ Transfer Factor memainkan peranannya dengan membantu sel T-pembantu mengenali musuh yang datang menyerang].

Sel-B mempunyai kemampuan untuk menembak penceroboh dengan enzim yang dapat menghancurkannya. Sebahagian dari sel-B akan kembali ke nodus limfa untuk membina antibodi bagi melawan penceroboh tadi. Sekiranya penceroboh ini menyerang lagi, sistem imun sudah bersedia mempertahankan diri disebabkan antibodi yang sudah dibina tadi.

Sel pembunuh semula jadi atau sel NK (natural killer) pula memusnahkan apa-apa yang berada di laluannya. Mereka menyemburkan sel yang dijangkiti dengan toksin dan enzim pemusnah, yang akan memusnahkan semua penceroboh asing atau sel yang tumbuh secara tidak normal seperti sel kanser. Apabila sel NK sudah mulai lemah atau tidak aktif dan tidak lagi berupaya memusnahkan sel kanser, disebabkan radikal bebas dan beberapa faktor lain, seseorang itu akan mendapat penyakit kanser. Memperkuatkan sel NK merupakan satu cara yang baik untuk kita memusnahkan sel kanser secara semulajadi (natural). [ Transfer Factor Advance Formula dan Transfer Factor Plus Advance ] masing-masing telah disahkan dapat meningkatkan aktiviti sel NK sebanyak 280% dan 430%.

Sel T-penindas boleh diibaratkan sebagai pasukan pengaman yang datang selepas penceroboh asing telah dimusnahkan dan untuk menenangkan gerak balas imun yang beraksi dengan hebat itu. Ia merupakan faktor penting dalam mengawal kerosakan tidak dijangka (collateral damage). Sekiranya gerak balas imun yang begitu aktif tidak dikawal, ia akan menyebabkan kerosakan yang teruk kepada tisu normal di sekelilingnya. Sekiranya sel T-penindas tidur dan tidak dapat mengawal gerak balas tersebut, kita akan mendapat penyakit yang dikategorikan di bawah penyakit autoimun. Terdapat lebih 80 jenis penyakit autoimun, contohnya adalah diabetes jenis 1, artritis reumatoid, psoriasis, sklerosis berganda dan lupus. [Transfer Factor mampu membangkitkan sel T-penindas dari tidur dan mengawal gerak balas imun dari menyerang sel tubuh dan seterusnya menghindar kita dari mendapat penyakit autoimun].

Untuk membolehkan sistem imun melindungi kita seperti yang ditetapkan oleh Yang Maha Pencipta (Al-Khaaliq), kita perlu menjaga kesihatannya. Ia perlukan Vitamin E, Vitamin C, karotenoid, glutation, koenzim Q10, Zink dan antioksidan untuk kekal sihat dan berfungsi pada tahap terbaik. [ Transfer Factor RioVida membekalkan antioksidan dan transfer factor yang diperlukan oleh tubuh kita.]

Sekiranya anda merasakan anda tidak perlu mengambil permakanan tambahan untuk kekal sihat sepanjang hayat, fikirkan semula. Sila semak statistik mereka yang mendapat penyakit merbahaya seperti sakit jantung, kanser dan diabetes. Ia memberi kita petunjuk bahawa kita perlu melakukan sesuatu mengenai amalan permakanan kita.

[Apa yang kita dapat pelajari dari kejadian yang sungguh hebat ini, selain dari penjagaan kesihatan. Al-Jaami’ – Yang Maha Mengumpulkan – mengajar kita untuk bekerjasama sesama kita. Seperti kata pepatah Melayu, muafakat membawa berkat. Kajian pakar-pakar sumber manusia telah mengesahkan bahawa kita lebih efektif apabila bekerja sebagai satu pasukan.]

Sistem Imun: Pelindung Kesihatan Kita


sistem imunSistem imun melindungi kita dari penceroboh asing seperti virus, bakteria, kulat, protein asing dan sel kanser. Ia adalah satu sistem yang sangat canggih, anugerah Yang Maha Pengasih, yang merupakan perlindungan terbaik dari sebarang penyakit berbahaya. Tiada ubat yang dapat menandingi sistem imun yang sihat. Secara ringkas sistem imun terdiri daripada sel khas, protein, tisu dan organ (nodus limfa, sistem pernafasan, limpa, kulit, apendiks, perut dan usus). Di dalam artikel ini saya akan terangkan serba sedikit mengenai tugas beberapa pemain dalam sistem imun:

Makrofaj (atau fagosit) – Sel darah putih yang berbentuk seperti Pac-Man, merupakan barisan pertahanan pertama sistem imun. Ia dengan cepat menyerang mana-mana penceroboh asing dan menelannya (seperti dalam permainan video Pac-Man). Namun kadangkala makrofaj tidak pasti sama ada yang datang itu penceroboh asing atau kawan. Makrofaj sudah tentu tidak mahu memusnahkan sesuatu yang merupakan sebahagian dari tubuh kita. Untuk membantunya mengenali kawan atau musuh, makrofaj akan meminta bantuan sel T-pembantu.

Permalink Leave a Comment

RENUNGAN

November 10, 2009 at 3:02 am (Uncategorized)

HINA MENJADI MULIA

“..apa yang tidak terpandang dan yang hina bagi dunia, dipilih Allah, bahkan apa yang tidak berarti, dipilih Allah untuk meniadakan apa yang berarti,” 1 Korintus 1:28.Dalam setiap kehidupan manusia selalu ada kekurangan dan kelebihan. Saat seseorang mulai membandingkan dirinya dengan orang lain yang lebih kaya atau memiliki kedudukan yang tinggi, ia akan merasa rendah diri (minder). Padahal kalau kita renungkan, kesuksesan tidak hanya diukur dari banyaknya harta atau pangkat yang kita raih dalam karier. Ada orang yang berlimpah harta tetapi hidupnya tidak pernah ada damai, selalu ada pertengkaran antara suami, istri dan juga anak atau kesehatannya terganggu (sakit-sakitan) . Seseorang bisa dikatakan sukses apabila orang tersebut mampu melewati setiap tantangan dan berhasil menjadi pemenangnya. Memang ini tidak sernudah membalik telapak tangan, butuh usaha dan kerja keras.

Kemiskinan, kelemahan fisik (cacat tubuh), tingkat pendidikan yang rendah, bukanlah penghambat meraih sebuah kata: sukses, asalkan orang tersebut mempunyai tekad yang tinggi dan tahu kepada siapa Ia harus percaya dan berharap. Tertulis demikian, “Diberkatilah orang yang mengandalkan Tuhan, yang menaruh harapannya pada Tuhan! Ia akan seperti pohon yang ditanam di tepi air, yang merambatkan akar-akarnya ke tepi batang air, dan yang tidak mengalami datangnya panas terik, yang daunnya tetap hijau, yang tidak kuatir dalam tahun kening, dan yang tidak berhenti menghasilkan buah.” (Yeremia 17:7-8). Sia-sialah berharap dan mengandalkan apa yang kita miliki karena tanpa penyertaan Tuhan kita akan jatuh. Tetapi saat kita menyerahkan seluruh kehidupan kita ke dalam tangan-Nya, maka yang hina dan dianggap rendah dunia justru akan Tuhan pakai untuk menyatakan kebesaran-Nya.

Dalam keadaan apa pun jangan pernah merasa malu menjadi anak Tuhan karena status kita yang mungkin dipandang sebelah mata oleh dunia; sesungguhnya kita berharga di mata-Nya. Tuhan sendiri berkata, “….engkau berharga di mata-Ku dan mulia, dan Aku ini mengasihi engkau,…” (Yesaya 43:4). Terkadang Tuhan ijinkan kita harus mengalami proses yang menyakitkan hingga pada saatnya kita akan muncul sebagai mutiara iman yang menjadi kesaksian bagi dunia ini.

Permalink Leave a Comment